Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Sekolah Alif rai Maulidur Rasul, Hari Guru serentak

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 15 OKT – Pelajar dan guru dari Sekolah Alif, Kuala Belait, meraikan dua peristiwa penting serentak sempena sambutan Maulidur Rasul dan Hari Guru dalam majlis dua dalam satu yang diadakan di Dewan Kemasyarakatan Kampung Pandan pada 5 Oktober lalu.

    Majlis dimulakan dengan ketibaan para pelajar dan guru diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah. Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah, Dayang Nursyukriah binti Haji Omaral, turut menyampaikan ucapan ringkas bagi mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan penjaga yang turut serta dalam majlis itu.

    Guru Besar sekolah, Dayang Aziemah binti Samat, dalam ucapannya menekankan peranan penting para guru dalam perkembangan pelajar dan sambutan itu bertujuan memberi penghargaan serta kegembiraan atas usaha mereka.

    Acara diteruskan dengan perarakan Maulidur Rasul yang melibatkan para pelajar mengelilingi kawasan dewan, disusuli dengan selawat selama lima minit.

    Majlis turut menyaksikan tayangan video pendek di mana para pelajar menyampaikan penghargaan kepada guru-guru mereka, yang diikuti dengan persembahan nyanyian pujian kepada para guru oleh pelajar-pelajar sekolah tersebut.

    Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan sepanjang petang, termasuk permainan menyeronokkan serta penyampaian hadiah kepada pelajar yang mengambil bahagian.

    Dayang Aziemah menekankan peranan penting para guru dalam perkembangan pelajar. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Antara ibu bapa dan penjaga yang hadir bagi menyaksikan sebahagian pelajar yang menyertai perarakan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Para pelajar mengelilingi dewan semasa perarakan Maulidur Rasul. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Kejohanan boling rai 69 tahun pendidikan ugama formal

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Seramai...

    31 sertai program perkasa pendidikan TVET guna AI

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Seramai...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Kemeriahan Pesta Ria CCMS tamatkan penggal akhir persekolahan

    Oleh Daniel Lim BELAIT, 21 NOV - Sekolah Menengah Chung...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...