Wednesday, July 3, 2024
34.2 C
Brunei

    -

    Sekolah anjur program pupuk pemuda bersemangat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JULAI – Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Rimba mengungkayahkan Program ‘Aku Hamasah Asy Syabab’ bermaksud ‘Akulah Pemuda Yang Bersemangat’ yang berlangsung pagi tadi di Auditorium 1 sekolah berkenaan.

    Program berkenaan diadakan adalah untuk mendukung ke arah matlamat Wawasan Brunei 2035 untuk melahirkan Rakyat yang Berpendidikan, Berkemahiran Tinggi dan Berjaya yang merupakan salah satu perisian Program Ilal Majdi Wal ‘Ula anjuran Bahagian Sekolah Arab, Jabatan Pengajian Islam serta bagi mendukung inisiatif Rancangan Strategik Kementerian Hal Ehwal Ugama 2020-2024.

    Hadir selaku Tetamu Khas pada acara tersebut ialah Ketua Bahagian Sekolah Arab, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Ustaz Pengiran Mohamad Aminuddin bin Pengiran Haji Hussin.

    Tujuan program adalah untuk menyuntik semangat, meningkatkan motivasi dan menambah kegigihan pelajar-pelajar bagi mencapai kejayaan dalam menghadapi Peperiksaan Sijil Pelajaran  Ugama Brunei (SPUB) dan Brunei-Cambridge GCE ‘O’ Level pada tahun ini.

    Sebahagian daripada peserta program berkenaan.

    Ikuti berita penuh di akhbar Media Permata keluaran Selasa.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Delhi anjur Sidang Kemuncak Global India AI

    NEW DELHI, 3 JULAI– Mengukuhkan komitmen kerajaan yang tidak berbelah bahagi terhadap pembangunan yang bertanggungjawab, penggunaan dan penggunaan kecerdasan buatan (AI), Kementerian Elektronik dan...