BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Sekolah Rendah Lambak Kanan, Jalan 49 telah mengadakan pameran mini kesenian di sekolah berkenaan baru-baru ini.
Tujuan pameran diadakan adalah untuk meraikan hasil kerja seni oleh murid-murid sekolah berkenaan di samping menyokong pendidikan yang berkualiti dan holistik kepada pelajar.
Antara kerja seni yang dipamerkan termasuk potret seorang wanita yang dilukiskan dengan pensil, gambar burung yang dihasilkan melalui tampalan gulungan kertas yang diwarnakan, 49 cap jari berwarna-warni oleh pelajar bekeperluan khas dan juga lukisan monyet belanda,burung enggang dan bunga simpur.
Pameran tersebut dirasmikan oleh Guru Besar Sekolah rendah Lambak Kanan, Jalan 49, Cikgu Ruzanna binti Zainal Abidin.
5