Monday, December 23, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sekolah Arab Rimba dibuka hari ini

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JAN – Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) memaklumkan bahawa bangunan Sekolah Arab Rimba akan mula dibuka pada penggal baharu persekolahan 2020 bermula esok (2 Januari 2020).

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan KHEU, hari ini, semua pelajar Tahun 6 hingga Tahun 11 di Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Kilometer 2, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha akan ditempatkan ke Sekolah Arab Rimba, Perumahan Kampung Rimba.

    Untuk memastikan proses perpindahan dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik dan lancar, semua ibu bapa dan penjaga pelajar diminta supaya dapat menghadirkan diri bagi sesi taklimat di sekolah berkenaan esok. Taklimat sesi pagi adalah bagi peringkat Tahun 6 hingga 9, manakala itu, taklimat sesi petang adalah bagi peringkat Tahun 10 dan 11. Di samping
    itu, pendaftaran pelajar-pelajar baharu Tahun 5 dan pelajar-pelajar dari Sekolah Al-Falaah akan diadakan pada 11 Januari di Sekolah Arab Rimba.

    Untuk keterangan lanjut ibu bapa dan penjaga bolehlah menghubungi talian 2230104 di Bahagian Sekolah Arab, Jabatan Pengajian Islam, KHEU atau datang ke Pejabat Pentadbiran, Sekolah Arab Rimba pada waktu bekerja.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda