Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sekolah awam El Salvador wajibkan pakaian seragam kemas

    SAN SALVADOR, 19 OGOS – Menteri Pendidikan baharu El Salvador, Karla Trigueros –seorang pegawai tentera yang mempunyai kemahiran dalam penyamaran – mengarahkan sekolah awam negara itu kelmarin untuk mewajibkan pakaian seragam bersih dan potongan rambut yang sesuai bagi para pelajar.

    Trigueros dilantik oleh Presiden Nayib Bukele Jumaat lalu, menimbulkan kekecewaan kepada kesatuan guru, yang memberi teguran terhadap pendidikan kententeraan.

    “Dalam rangka pengukuhan disiplin, ketenteraman dan penampilan peribadi komuniti pelajar, sekolah mesti menguatkuasakan pematuhan ketat terhadap norma baharu, Trigueros menulis dalam memo kepada pengetua sekolah, yang dihantar ke platform media sosial X.

    Sejak pelantikannya, Trigueros telah melawat sekolah di seluruh negara itu dengan memakai seragam tenteranya.

    Memorandum baharunya menunjukkan bahawa, mulai 20 Ogos, pengetua mesti mengalu-alukan para pelajar setiap hari di pintu masuk lebih 5,100 sekolah awam di negara itu.

    Pengetua dipanggil untuk menjalankan pemeriksaan dan memastikan pelajar menghadiri kelas dengan pakaian seragam yang bersih dan teratur, potongan rambut yang sesuai serta memasuki kampus dengan ucapan hormat.

    Bukele berkongsi siaran media sosial Trigueros, sambil menambah, “Untuk membina El Salvador yang kami impikan, jelas bahawa kami mesti mengubah sepenuhnya sistem pendidikan.”

    Barisan Hadapan bagi Kesatuan Guru-guru Salvadoran menyiarkan di Facebook Jumaat lalu untuk menyuarakan penolakan.

    “Kami bimbang penyalahgunaan kuasa terhadap para pelajar akan meningkat, atau penderaan di tempat kerja terhadap guru akan menjadi lebih teruk,” tulis kesatuan itu. – AFP

    Envato

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda