Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sekolah Chung Hwa dominasi kejohanan badminton

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    KUALA BELAIT, 28 Feb – Sekolah Menengah Chung Hwa telah muncul juara perlawanan akhir bagi Kejohanan Badminton Sekolah-sekolah Rendah Daerah Belait yang telah diadakan petang tadi dengan mendominasi bahagian perseorangan lelaki dan perempuan, dan berpasangan lelaki dan perempuan.

    Sebanyak 15 buah sekolah rendah di Daerah Belait telah menyertai Kejohanan tersebut, yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Kampung Pandan hari ini.

    Kejohanan tersebut telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori Lelaki dan Kategori Perempuan dan Sekolah Pengiran Setia Jaya Pengiran Haji Abdul Momin telah menjadi hos bagi kejohanan tersebut tahun ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang kejohanan ialah Penolong Guru Besar Sekolah Pengiran Setia Jaya Pengiran Haji Abdul Momin, Dayang Alinah binti Abdul Aziz.

    Sebahagian peserta Kejohanan Badminton Sekolah-sekolah Rendah Daerah Belait bergambar bersama pingat masing-masing.
    Sebahagian peserta Kejohanan Badminton Sekolah-sekolah Rendah Daerah Belait bergambar bersama pingat masing-masing.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda