Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Sekolah Chung Hwa Kiudang adakan taklimat perubahan utama pengintegrasian

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Sebagai usaha untuk memberikan penerangan dan maklumat mengenai Pengintegrasian Mata Pelajaran Agama ke Dalam Sistem Pendidikan Umum, Sekolah Chung Hwa Kiudang mengadakan sesi taklimat bagi ibu bapa murid-murid tahun 2 hingga 5 sekolah berkenaan, baru-baru ini.

    Pengintegrasian berkenaan akan bermula esok dan sesi taklimat memberikan penerangan komprehensif mengenai perubahan signifikan kepada komuniti sekolah berkenaan.

    Sesi taklimat dipimpin oleh Pengetua, Loo Shee Yun bersama-sama Guru Akademik Kanan, Tang dan Ketua Ugama, Awang Omar di mana salah satu perubahan utama yang diterangkan melibatkan perubahan pada jadual waktu sekolah itu.

    Bermula 1 November, setiap hari persekolahan akan memasukkan satu jam mata pelajaran agama ke dalam pendidikan umum.

    Sesi taklimat berkenaan diikuti dengan sesi soal jawab di mana ia memberikan peluang kepada ibu bapa untuk mendapatkan pencerahan mengenai apa jua aspek perubahan yang akan datang.

    Sesi interaksi itu menyediakan peluang bagi dialog terbuka dan menawarkan ibu bapa untuk menyuarakan keraguan atau persoalan mereka mengenai dengan pengintegrasian mata pelajaran agama berkenaan.

    Loo Shee Yun memberikan penerangan mengenai dengan Pengintegrasian Mata Pelajaran Agama ke Dalam Sistem Pendidikan Umum yang bermula hari ini. – GAMBAR SERAHAN SEKOLAH CHUNG HWA KIUDANG
    GAMBAR SERAHAN SEKOLAH CHUNG HWA KIUDANG

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...