BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OGOS – BR-Nancy District selaku wakil sah AIA Singapore Private Limited cawangan Brunei, baru-baru ini, telah menyumbangkan cecair pembasmi kuman, penyembur disinfektan alkohol, penutup mulut dan hidung serta tisu basah kepada Sekolah Chung Hwa Kiudang.
Sumbangan berkenaan merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat mereka untuk terus membendung penularan COVID-19 di Brunei, menurut kenyataan yang dikeluarkan.
BR-Nancy District memahami risiko tinggi yang diambil oleh pelajar dan guru dalam melaksanakan tanggungjawab membangunkan generasi masa depan.
Menurut kenyataan, sumbangan 30 botol cecair pembasmi kuman, 90 botol penyembur disinfektan alkohol, 500 keping penutup mulut dan hidung dan 1,000 tisu basah berkenaan telah disampaikan kepada pengetua sekolah berkenaan, Loo Shee Yun.
