Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Sekolah DES anjur Hari Sukan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OGOS – Sekolah DES, baru-baru ini, telah mengadakan acara Hari Sukan bertemakan Olimpik Sekolah DES yang berlangsung di Padang Kebajikan, Berakas, hari ini.

    Hadir semasa acara tersebut ialah Pengetua DES, Dayang Rafizah binti Abdul Rahman, guru-guru, kakitangan dan pelajar sekolah berkenaan.

    Acara turut dihadiri oleh ibu bapa dan penjaga pelajar DES.

    Dalam ucapan alu-aluannya, Dayang Rafizah antara lain menjelaskan bahawa acara tahunan tersebut menekankan kepentingan bersukan dalam kehidupan seharian para pelajar di mana dengan bersukan, ia akan memupuk sikap disiplin, kepercayaan diri, menjadi cergas selain memupuk sifat bekerjasama dalam pasukan.

    Beliau turut menzahirkan perasaan terujanya melihat semangat para pelajar serta seluruh warga DES bagi menjayakan acara berkenaan.

    Acara telah dibahagikan kepada dua sesi di mana sesi sebelah pagi adalah bagi para pelajar pra sekolah manakala sesi sebelah petang bagi para pelajar sekolah rendah.

    Pelbagai aktiviti sukan dan permainan telah disusun sepanjang acara bagi para pelajar dan juga ibu bapa dan penjaga pelajar.

    Murid-murid Sekolah DES semasa menyertai salah satu aktiviti yang diadakan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...