Friday, February 7, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sekolah di Britain dibuka semula

    LONDON, 1 JUN – Britain membuka sebahagian sekolah hari ini dan membenarkan penduduk keluar dari rumah meskipun amaran negara yang kedua paling teruk terjejas di dunia itu bertindak terlalu cepat untuk keluar daripada perintah berkurung koronavirus.

    Jumlah kematian yang kini mencecah 38,489 telah memberikan tekanan politik kepada Perdana Menteri Boris Johnson, yang dipilih pada Disember dengan majoriti besar.

    Suasana di Britain jelasnya bertambah baik apabila jumlah kematian harian menurun. Taman dan pantai telah dipenuhi selama dua hujung minggu berturut-turut dalam musim bunga paling kering dalam lebih 100 tahun.

    Johnson telah menetapkan jadual yang membenarkan dua juta kanak-kanak untuk kembali ke sekolah hari ini dan pelajar lebih dewasa pada 15 Jun.

    Bagaimanapun, satu tinjauan yang dijalankan oleh Yayasan Penyelidikan Pendidikan Nasional mendapati ketua-ketua sekolah rendah menjangka 47 peratus daripada keluarga di Britain tidak membenarkan anak mereka pergi ke sekolah.

    Kerajaan juga membenarkan mereka yang paling berisiko akibat virus untuk menghabiskan masa di luar rumah untuk kali pertama dalam dua bulan.

    Sekolah hanya mula dibuka semula di England disebabkan setiap empat negara di Britain mengikut garis panduan kesihatan mereka sendiri.

    Scotland menunggu sehingga Ogos dan Ireland Utara menimbang membuka sekolah pada September, sementara Wales masih belum membuat keputusannya. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda