Sunday, December 22, 2024
21.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sekolah di India terima ancaman bom, pelajar dipindahkan

    NEW DELHI, 13 MEI – Sekurang-kurangnya empat sekolah di bandar Jaipur di barat India, hari ini, menerima ancaman bom, mendorong pentadbiran sekolah memindahkan pelajar dan menghubungi polis, kata pegawai.

    Ancaman yang diterima melalui e-mel mendakwa bahan letupan telah dipasang di kawasan sekolah.

    Polis bertindak dan menghantar beberapa skuad pemusnah bom dan anjing pengesan ke sekolah untuk melakukan pencarian.

    Bagaimanapun, tiada apa yang mencurigakan ditemui setakat ini dan menurut polis, ancaman itu seolah-olah satu penipuan.

    “Empat hingga lima sekolah telah menerima ancaman bom. Polis telah sampai ke sekolah,” kata Pesuruhjaya Polis Jaipur, Biju George Joseph kepada media.

    Pencarian di sekolah-sekolah sedang dijalankan sehingga laporan terakhir masuk.

    Polis berkata mereka cuba mengenal pasti pengirim. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda