Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Sekolah di Punjab ditutup selama 7 hari

    ISLAMABAD, 21 MEI – Berikutan peningkatan suhu dan gelombang haba di wilayah Punjab, timur Pakistan, semua sekolah awam dan swasta akan ditutup selama tujuh hari dari 25 hingga 31 Mei, menurut pihak berkuasa tempatan kelmarin, lapor Xinhua.

    “Bagaimanapun, sekolah-sekolah dibenarkan untuk meneruskan peperiksaan seperti yang dijadualkan, dengan langkah berjaga-jaga yang perlu untuk memastikan keselamatan pelajar,” kata jabatan pendidikan sekolah Punjab dalam satu pemberitahuan.

    Jabatan Meteorologi Pakistan (PMD) pada minggu lepas berkata, berikutan kehadiran tekanan tinggi di bahagian atas atmosfera, keadaan gelombang haba berkemungkinan berkembang di kebanyakan bahagian negara, terutamanya di Punjab dan wilayah selatan Sindh mulai hari ini.

    Keadaan itu dijangka berubah menjadi gelombang haba yang teruk pada 23-27 Mei.

    PMD turut menasihatkan orang ramai untuk mengelak daripada terdedah kepada cahaya matahari secara langsung dan menggunakan air secara berhemah dalam semua aspek kehidupan.

    Keadaan kering dan gelombang haba yang melampau boleh mencetuskan kebakaran belukar dan hutan di kawasan-kawasan terdedah di Punjab dan bahagian lain di negara Asia Selatan itu. – Xinhua

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...