Monday, May 5, 2025
27.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sekolah di UAE akan ajar AI seawal tadika

    DUBAI, 5 MEI – Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan memperkenalkan pembelajaran kecerdasan buatan (AI) kepada pelajar sekolah dari semua peringkat umur, menurut kenyataan pegawai, dalam inisiatif terkini negara itu untuk kekal di barisan hadapan dalam bidang teknologi.

    Pengajaran AI di sekolah-sekolah kerajaan termasuk di peringkat tadika akan bermula pada tahun akademik akan datang, kata pemerintah Dubai dan Perdana Menteri UAE, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.

    “Matlamat kami adalah untuk mengajar anak-anak kita pemahaman mendalam tentang AI dari sudut teknikal, sambil memupuk kesedaran mereka tentang etika teknologi baharu ini,” katanya dalam hantaran di platform X, kelmarin.

    “Tanggungjawab kita adalah untuk melengkapkan anak-anak kita bagi menghadapi masa depan berlainan dari zaman kita, dengan keadaan yang berbeza daripada yang kita lalui,” tambah Baginda.

    Gambar hiasan Freepik

    UAE, salah satu pengeksport minyak terbesar dunia, meletakkan harapan pada AI untuk membantu mempelbagaikan ekonominya daripada bergantung kepada minyak mentah.

    Monarki Teluk itu telah menubuhkan kementerian AI pertama di dunia pada tahun 2017 dan memiliki sebuah universiti khusus dalam bidang teknologi tersebut di ibu negara, Abu Dhabi.

    Pada Februari lalu, UAE telah berikrar untuk melabur antara 30 hingga 50 bilion euro bagi membina pusat data AI gergasi di Perancis. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda