Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Sekolah dibuka semula meski terdapat amaran gelombang haba

    DHAKA, 28 APRIL – Berjuta-juta pelajar kembali ke sekolah mereka yang dibuka semula di seluruh Bangladesh hari ini walaupun perintah penutupan bilik darjah di seluruh negara hujung minggu lalu dikeluarkan susulan gelombang panas berlarutan.

    Purata suhu maksimum di ibu negara Dhaka sepanjang minggu lalu ialah 4 hingga 5 darjah Celsius lebih tinggi daripada purata 30 tahun untuk tempoh yang sama, dengan beberapa hari lagi cuaca diramalkan panas.

    Banyak kajian saintifik pula mendapati perubahan iklim menyebabkan gelombang haba menjadi lebih lama, lebih kerap dan lebih sengit.

    Kelas disambung semula dengan suasana ketibaan pelajar-pelajar ke pintu pagar sekolah untuk memulakan kelas di Bangladesh, yang mengikuti minggu kerja Islamik Ahad hingga Khamis.

    Kira-kira 32 juta pelajar terpaksa kekal di rumah akibat penutupan sekolah, menurut satu kenyataan dari pertubuhan bukan kerajaan, ‘Save the Children’ minggu ini.

    Pelajar ke sekolah membawa payung pada hari musim panas yang menghangatkan di Dhaka, Bangladesh kelmarin. – AFP

    Arahan daripada pihak berkuasa pendidikan mengumumkan bahawa prasekolah akan ditutup, manakala waktu sekolah rendah akan dipendekkan.

    Sementara itu, biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa gelombang haba akan berterusan sekurang-kurangnya tiga hari akan datang.

    Peramal kajicuaca, Kazi Jebunnesa berkata hujan mungkin akan membawa sedikit kelegaan selepas Khamis nanti.

    Seorang lagi pakar meteorologi biro cuaca, Muhammad Abul Kalam Mallik, memberitahu AFP, Bangladesh tidak pernah mengalami gelombang haba yang begitu teruk sejak rekod bermula pada 1948.

    Mallik menambah bahawa suhu panas ini menghangatkan kira-kira tiga perempat negara dan menyalahkan perubahan iklim dan juga perbuatan manusia termasuk pembandaran pesat, pembersihan hutan, kekurangan badan air dan peningkatan penggunaan penyaman udara.

    “Masalahnya, kita akan melihat lebih banyak gelombang haba yang teruk pada masa hadapan,” katanya lagi. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    China pamer penerapan teknologi AI, tangani isu perubahan iklim

    BELEM, 21 NOV - Aktiviti Hari Pendigitalan ‘Pavilion China’...

    Pemanasan laut dorong wanita Zanzibar beralih kepada penternakan span

    ZANZIBAR, TANZANIA - Kira-kira jam 10 setiap pagi, wanita...

    Iran laksana pembenihan awan untuk bendung kemarau

    TEHRAN, 16 NOV — Pihak berkuasa Iran memulakan operasi...

    Pemanasan laut jejas mata pencarian penternak kupang

    KALIAKRA, BULGARIA - Berdepan dengan peningkatan suhu Laut Hitam...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...