Wednesday, October 16, 2024
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sekolah ditutup akibat serangan pepijat

    PARIS, 8 OKT – Perancis terpaksa menutup tujuh sekolah disebabkan kebimbangan yang meningkat mengenai serangan pepijat, kata Menteri Pendidikan, Gabriel Attal, baru-baru ini.

    “Pepijat dikesan di pelbagai peringkat. Saya percaya 17 institusi dan pada masa ini ketika saya bercakap kepada awda, tujuh institusi ditutup atas sebab tersebut,” kata Attal kepada stesen televisyen France 5.

    Kerajaan Perancis telah mengadakan beberapa siri mesyuarat minggu lalu untuk meneliti peningkatan jumlah laporan pepijat pada masa Perancis menjadi hos Piala Dunia Ragbi dan bersiap sedia untuk menjadi hos Olimpik Paris 2024.

    Pada awal Jumaat, Kementerian Pendidikan berkata dalam kenyataan kepada AFP bahawa, lima sekolah dengan jumlah 1,500 pelajar telah ditutup.

    Pada awal minggu ini, pihak berkuasa mengumumkan dua sekolah, satu di Marseille dan satu lagi di Villefranche-sur-Saone di luar Lyon, di bahagian tenggara Perancis telah ditutup untuk pembersihan.

    “Kita mempunyai hampir 60,000 institusi dan kita hanya bercakap mengenai beberapa puluh di sini, tetapi memang benar bahawa kes terus bertambah,” kata Attal. ‘Tindak balas segera diperlukan, supaya kita dapat memastikan institusi dirawat dalam masa 24 jam’.

    Beliau berkata senarai syarikat ‘diluluskan dan diiktiraf’ telah disediakan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan dan agensi kesihatan serantau ‘supaya ketua-ketua sekolah boleh menghubungi dan meminta mereka campur tangan dengan cepat’. – AFP

    Gambar fail pada tahun 2022 disediakan oleh ahli entomologi, Jean-Michel Berenger, yang menternak pepijat di makmalnya di Marseille, selatan Perancis. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda