Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Sekolah ditutup dua hari seminggu demi lindungi pelajar

    LAHORE, 7 DIS – Bandar Pakistan, Lahore yang diselubungi asbut akan menutup sekolah selama dua hari seminggu demi melindungi kesihatan kanak-kanak, ketika bandar itu mencatatkan keadaan paling tercemar di dunia mengikut indeks kualiti udara global, hari ini.

    Hospital-hospital turut diberi amaran kebanjiran pesakit yang mengalami masalah sukar bernafas serta sakit mata dan tekak yang disebabkan oleh asbut tebal yang menyelubungi bandar itu.

    Kualiti udara di bandar yang mempunyai 11 juta orang penduduk itu dianggap sebagai yang paling teruk di dunia, dan hari ini tahap pencemaran melepasi indeks global yang dikemas kini oleh pemantau dari Switzerland, IQAir.

    Pencemaran hari ini mencatat paras melebihi 230 pada ukuran IQAir – mencecah paras berbahaya iaitu 300 yang ditetapkan oleh pemantau. Minggu lalu Lahore mencatatkan paras 504, tertinggi tahun ini.

    Mahkamah Tinggi Lahore mengarahkan sekolah mesti ditutup pada hari Jumaat dan Sabtu, serta hari cuti biasa pada Ahad, sehingga notis pemberitahuan kelak.

    Dalam perintah berasingan pada hari ini, Mahkamah Tinggi turut menyatakan semua penjawat awam mesti bekerja dari rumah pada hari Jumaat dan Sabtu.

    Ketua persekutuan guru-guru wilayah memberi amaran bahawa mengurangkan waktu bersekolah ‘bukan penyelesaian yang praktikal’.

    “Duduk di rumah tidak semestinya akan melindungi para pelajar daripada asbut berbanding hadir ke sekolah. Sekurang-kurangnya dengan hadir ke sekolah, para pelajar tidak akan terjejas dari segi akademik,” kata Rana Liaqat, setiausaha agung Persekutuan Guru-guru Punjab, kepada AFP. – AFP

    Pengguna jalan raya yang membuat perjalanan ketika asbut tebal di Lahore, kelmarin.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...