Ahad, 23 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sekolah ditutup, penerbangan dibatalkan ekoran ribut salji landa China

    ZHENGZHOU, 11 DIS – Perkhidmatan penerbangan di wilayah Zhengzhou dibatalkan manakala sekolah-sekolah ditutup akibat ribut salji yang melanda wilayah Henan, China pada pagi hari ini, lapor Xinhua.

     Menurut stesen kaji cuaca bandar itu, taburan hujan di stesen Zhengzhou merekodkan bacaan 14.2 milimeter (mm) dan salji setebal 10 sentimeter (cm) dalam tempoh hanya enam jam.

    Cuaca buruk turut menjejaskan lalu lintas, operasi penerbangan dan perkhidmatan kereta api di wilayah berkenaan.

    Pada pagi hari ini, 22 penerbangan dibatalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Zhengzhou Xinzheng dan beberapa bahagian membabitkan 46 lebuh raya telah ditutup.

    Perkhidmatan kereta api termasuk kereta api berkelajuan tinggi dan antara bandar turut ditangguhkan, menurut pihak berkuasa berkaitan.

    Sehingga kini, beberapa ratus amaran berkaitan angin kencang, salji tebal, gelombang sejuk dan jalan berselaput ais telah dikeluarkan di wilayah itu. – Bernama

    Bumbung yang dilitupi salji kelihatan di Kota Larangan selepas salji turun semalaman di Beijing, pada hari ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda