Wednesday, September 18, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sekolah Eropah ketatkan peraturan guna telefon bimbit

    BRUSSELS, 12 SEPT – Negara Eropah semakin meningkatkan kebimbangan mereka mengenai penggunaan telefon bimbit, media sosial dan bentuk komunikasi digital lain secara berlebihan dalam kalangan golongan muda – dengan sesetengahnya bergerak ke arah melarang atau mengehadkan penggunaan telefon bimbit di sekolah.

    Kajian terbaharu menunjukkan kaitan yang membimbangkan antara masa skrin berlebihan dan kesan negatif terhadap kesihatan mental serta prestasi akademik kanak-kanak dan remaja.

    Sebagai contoh, kajian oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) menyarankan penggunaan telefon bimbit secara terhad dan bertanggungjawab di sekolah.

    Pada Julai, selepas dipilih semula untuk penggal kedua sebagai Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen berikrar untuk menangani ketagihan media sosial dan buli siber, merujuk kepada kebimbangan yang meluas mengenai kesan negatif terhadap kesihatan mental dan kesejahteraan.

    “Kami melihat semakin banyak laporan tentang apa yang sesetengah pihak panggil krisis kesihatan mental. Kami akan mengadakan siasatan pertama di seluruh Eropah mengenai kesan media sosial terhadap kesejahteraan golongan muda. Kami berhutang kepada mereka,” kata von der Leyen. Walaupun Kesatuan Eropah semakin menyedari kesan negatif media sosial dan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan golongan muda, tiada peraturan di peringkat EU untuk menangani isu berkenaan.

    Sebaliknya, peraturan berbeza mengikut negara. – Bernama

    Von der Leyen (kanan) semasa menyambut Perdana Menteri Finland, Petteri Orpo semasa lawatan di Suruhanjaya Eropah di Brussels, pada 10 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda