Saturday, November 16, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sekolah Fairview anjur Sambutan Hari Kebangsaan

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Feb – Sekolah Fairview, baru-baru ini, telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-33 di perkarangan sekolah berkenaan di Berakas.

    Majlis yang bertemakan ‘Menjayakan Wawasan Negara’ itu dimulakan dengan perhimpunan dan nyanyian lagu kebangsaan sebelum Doa Selamat dibacakan oleh Awang NorAzmi bin Ahad.

    Agenda majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Guru Besar, Hajah Samsiniah binti Haji Kepli yang kemudian disusuli dengan persembahan nyanyian, bersajak, tarian tradisional Brunei, drama dan nyanyian lagu patriotik negara.

    Sambutan berkenaan turut diserikan dengan Program Mengenali Negara Brunei Darussalam yang antaranya menampilkan demonstrasi pembuatan Kuih Penyaram sebelum diteruskan dengan aktiviti dalam bilik darjah.

    Antara pelajar Sekolah Fairview yang ikut serta dalam persembahan bagi menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan ke-33.
    Antara pelajar Sekolah Fairview yang ikut serta dalam persembahan bagi menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan ke-33.

      Antara aktiviti yang diketengahkan dalam bilik darjah adalah seperti Mewarnakan Huruf Sambutan Hari Kebangsaan, Tulisan Cantik, Mewarnakan Gambar Bendera dan Tulisan Khat Jawi serta Kuiz Terbuka.

    Antara matlamat majlis itu adalah untuk melahirkan rasa cinta terhadap negara, membangkitkan semangat kemerdekaan, memupuk semangat patriotik atau semangat cinta tanah air dan platform memupuk perpaduan serta mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan warga sekolah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda