Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MAC – Sekolah Rendah IQRA tidak ketinggalan menyemarakkan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39 dengan majlis sambutan di sekolah berkenaan. Kira-kira 100 pelajar memakai pakaian kebangsaan berwarna-warni menyertai acara berkenaan yang diadakan di perkarangan sekolah di mana para pelajar mengibarkan bendera Brunei untuk menanam semangat patriotisme dan nasionalisme.