Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 APRIL – Sambutan Hari Raya Aidilfitri terus diraikan dengan meriah di mana ia memberikan peluang untuk mengeratkan hubungan silaturahim.
Warga Sekolah Kesuma Mekar juga tidak ketinggalan untuk mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di sekolah berkenaan pada 25 April lalu.
Majlis diserikan dengan beberapa persembahan daripada murid-murid Tahun 1 hingga 6 dan KG serta guru-guru.
Majlis dihasratkan untuk memeriahkan dan meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama warga sekolah serta mengukuhkan hubungan silaturahim antara semua guru, murid dan pihak pentadbiran sekolah.