Gambar AP
GA-MASHASHANE, AFRIKA SELATAN – Di sebuah sekolah menengah di luar bandar utara Afrika Selatan, lebih 300 pelajar dan guru mereka berkongsi tiga tandas, dan jumlah yang tidak seimbang itu bukanlah masalah yang paling teruk.
Tiga tandas itu adalah jenis tandas terbuka dan berlubang tinggi, yang sebenarnya adalah lubang sedalam 10 kaki di dalam tanah yang boleh digunakan oleh pelajar semasa rehat tengah hari.
Tandas di Sekolah Menengah Seipone di kampung Ga-Mashashane sekurang-kurangnya dilengkapi dengan tempat duduk tandas bewarna putih dan dikelilingi oleh struktur batu bata. Namun, beberapa tandas bergali masih digunakan di lebih 3,300 sekolah di kawasan miskin, kebanyakannya di luar bandar di seluruh Afrika Selatan yang tidak memiliki fasiliti yang serupa.
Ia adalah situasi yang memalukan bagi sebuah negara yang dianggap sebagai negara yang paling maju di Afrika, dan menjadi indikator masalah yang mendalam dengan kemiskinan dan ketidaksamaan, kata kumpulan hak asasi manusia yang mendesak kerajaan Afrika Selatan untuk menghapuskan kemudahan sub-standard di sekolah selama-lamanya.
Selain tidak bersih, tandas juga mendatangkan bahaya secara langsung.
Pemandangan yang menyentuh James Komape pada suatu hari pada Januari 2014 di perkampungan Chebeng yang berdekatan amat mengerikan dari segala sisi.
Dia telah menerima panggilan telefon yang memintanya bergegas ke prasekolah di mana anak lelakinya yang berusia 5 tahun, Michael, ditemui lemas di dasar tandas berlubang.
Mayat Michael masih belum dikeluarkan dari dasar lubang air bercampur najis dan air kencing tempatnya terjatuh ketika bapanya tiba di sana.
“Apa yang sangat menyakitkan mengenai kejadian Michael ialah orang yang berada di sana melihat dia terjatuh di dalam tandas, tetapi mereka tidak mengeluarkannya,” kata James Komape.
“Mereka berkata mereka sedang menunggu pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk mengeluarkannya. Saya memberitahu mereka bahawa jika mereka segera mengeluarkannya dengan cepat mungkin dia boleh terselamat.”
Ia merupakan minggu pertama Michael Komape di sebuah sekolah baharu dan kematiannya yang mengerikan telah menimbulkan kemarahan ramai warga Afrika Selatan.
Keluarganya membawa jabatan pendidikan wilayah Limpopo ke mahkamah dan memenangi kes mereka dan menuntut ganti rugi. Kemudian, perintah mahkamah memaksa kerajaan Afrika Selatan untuk segera menangani isu tandas itu di sekolah-sekolah.
Tetapi tragedi Michael Komape bukanlah sesuatu yang unik. Kanak-kanak kecil lain juga telah lemas dalam tandas lubang dalam tempoh hampir dekad sejak itu, seorang kanak-kanak perempuan baru-baru ini sekitar bulan lepas, seorang lagi lelaki pada bulan Mac.
Tidak ada angka yang boleh dipercayai untuk mengatakan berapa ramai kanak-kanak telah kehilangan nyawa mereka dalam tandas tersebut.
Tandas, yang mempunyai saluran keluar yang digunakan untuk mengalirkannya secara berkala, adalah lebih murah dan lebih praktikal untuk sekolah yang lebih miskin kerana ia tidak bergantung kepada bekalan air yang berterusan.
Di Pra-Sekolah Musytari dan Creche di wilayah Limpopo yang sama di mana Michael meninggal dunia, kanak-kanak seawal 3 tahun masih menggunakan tandas tersebut yang tidak mempunyai tempat duduk yang sesuai melainkan lubang yang diukir daripada papak konkrit yang membuka ke lubang di bawah.
“Ini tidak baik kerana kemungkinan terjadi kemalangan di mana kanak-kanak terjatuh di dalam tandas,” kata pengurus sekolah itu, Florina Ledwaba.
“Kami perlu mengikut mereka (kanak-kanak) setiap kali mereka ke tandas. Bagaimana jika mereka pergi tanpa awda melihat mereka? Mereka tidak selamat sama sekali.”
Kumpulan hak asasi manusia, Equal Education telah memeriksa tandas-tandas tersebut di sekolah-sekolah Afrika Selatan.
Tiny Lebelo, penganjur dengan kumpulan itu, meluahkan kekecewaan terhadap isu yang sepatutnya menjadi keutamaan kerajaan iaitu keselamatan kanak-kanak di sekolah mereka dan masih belum diselesaikan.
Kerajaan Afrika Selatan berjanji untuk menggantikan semua tandas di sekolah di seluruh negara menjelang 31 Mac tahun ini.
Namun hal itu belum berlaku. Menteri Pendidikan Asas, Angie Motshekga berkata masih terdapat 3,398 sekolah menggunakan tandas lama itu dan tarikh akhir untuk menghapuskannya telah dialihkan kepada 2025.
Lebelo berkata “ia menunjukkan bagaimana cara kita melihat orang di kawasan luar bandar.”
“Apa yang kami katakan tentang mereka ialah adakah mereka tidak layak untuk mendapat maruah,” katanya. – AP