Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sekolah Menengah Lambak Kiri iktiraf pencapaian pelajar

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 FEB – Sekolah Menengah Lambak Kiri (SMLK), baru-baru ini, telah meraikan pencapaian pelajar Tahun 8 hingga 10 tahun lalu dengan Majlis Pencapaian Hadiah dan Sijil bagi Pelajar-pelajar Cemerlang dalam Penilaian Akhir Tahun bagi Tahun Akademik 2023, baru-baru ini.

    Acara yang diadakan pada akhir bulan lalu itu mengiktiraf pencapaian pelajar dalam pelbagai kategori termasuk pencapaian keseluruhan, serta menyerlahkan dan meraikan rekod kehadiran cemerlang di sekolah.

    Selain itu, pelajar daripada Bahagian Pra Vokasional sekolah tersebut menerima anugerah pencapaian khas.

    Hadir selaku kehormat ialah Ketua Unit Akademik, Bahagian Program dan Akademik, Dr Andree Asmara bin Haji Abidin.

    Turut hadir ialah Pengetua SMLK, Dayang Rosmawati binti Mohammad, timbalan pengetua, kakitangan dan pelajar sekolah.

    Gambar ramai semasa majlis anugerah akademik tahunan SMKL, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN SMLK
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda