Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 24 SEPT – Bagi meraikan hari kebesaran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, Sekolah Nusa Laila Puteri cawangan Kiulap pagi tadi mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul di sekolah berkenaan.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ketua Pentadbir Sekolah, Pengiran Haji Amir Khalid Abdul Aziz Bin Pengiran Dr Haji Amir Md Yussof.
Turut hadir adalah ketua sekolah bagi cawangan Kiulap, Cikgu Muhammad Fathurrahman bin Haji Kudarat.
Acara berkenaan disertai oleh semua peringkat murid dari Tadika 1 hingga Tahun 6.
Aturcara dan aktiviti sambutan berkenaan diisikan dengan dikir maulud, aktiviti mengikut kelas masing dan jamuan
Majlis itu bermatlamat untuk mendidik murid mengenali dan mencintai Rasulullah SAW serta mengajak agar sentiasa berselawat serta mencontohi akhlak mahmudah Rasulullah sebagai pemangkin kejayaan ummah.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2024/09/6A_Maulud4.jpg)