Friday, November 15, 2024
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sekolah Nusa Laila Puteri raikan 147 murid

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 NOV – Majlis Konvokesyen dan Pesta Pendidikan kali ke-46 bagi peringkat Tadika 3 Sekolah Nusa Laila Puteri telah berlangsung di Aman Hill Damai Ballroom kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah dan sijil kepada murid-murid ialah Pemangku Timbalan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dr Haji Ali Bin Haji Raden.

    Majlis berkenaan meraikan seramai 147 murid-murid dari empat cawangan sekolah berkenaan iaitu dari Jangsak, Sungai Buloh, Tanjung Bunut dan Kiulap.

    Aizen Syamsiah ibu kepada Dayang Aiza Mardhia@Marzi ketika dihubungi merakam ribuan terima kasih kepada guru-guru yang mana selama ini telah mendidik anaknya dengan baik.

    Sementara itu Dayang Aiza Mardhia@Marzi Pula mengongsikan perasaan teruja untuk memasuki alam persekolahan rendah bawah pada tahun 2025, selain berharap akan mendapat keputusan yang cemerlang nanti.

    Kemuncak majlis diserikan dengan sesi bergambar ramai bersama tetamu kehormat.

    Sesi gambar ramai murid-murid yang diraikan di majlis berkenaan.

    Aiza Mardhia@Marzi berasa teruja untuk memasuki alam persekolahan Peringkat Rendah bawah pada tahun 2025.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda