Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Sekolah Penaga, SMSA kolaborasi belajar bahasa

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 13 OKT – Pelajar Sekolah Panaga dan pelajar Sekolah Menengah Sayyidina Ali (SMSA) berkerjasama dalam sebuah program kolaboratif bertajuk ‘Pemimpin Bahasa’ untuk membangunkan kemahiran bahasa dan pengucapan awam, kelmarin.

    Kumpulan seramai 19 pelajar Sekolah Panaga yang diketuai oleh ketua program Stephanie Straatman dan Marie McCready, telah dialu-alukan oleh Timbalan Pengetua Akademik SMSA, Fadhlul Ha’adi bin Haji Dollah.

    Dalam program berkenaan, pelajar Sekolah Panaga dibahagikan kepada empat kumpulan untuk bertemu dengan 98 pelajar dari SMSA di dalam empat kelas Tahun 7 untuk berkongsi pengetahuan dan pandangan mereka tentang Bahasa Inggeris melalui aktiviti interaktif dan menarik.

    Program berkenaan bertujuan untuk membangunkan kemahiran pengucapan awam pelajar, memperdalam pemahaman pelajar tentang pedagogi dan menggalakkan pertukaran budaya antara kedua-dua sekolah dan akan diteruskan lagi dengan kunjungan balas dari pelajar dari SMSA pula ke Sekolah Panaga pada bulan depan.

    Sebelum ini, program yang sama telah diadakan tahun lepas di mana pelajar dari Sekolah Panaga mengajar bahasa Perancis kepada pelajar SMSA, manakala pelajar dari SMSA mengajar Bahasa Melayu kepada pelajar Sekolah Panaga.

    Kedua-dua sekolah berharap program berkenaan dapat memberi inspirasi kepada pelajar untuk mempelajari lebih lanjut tentang kuasa pengajaran dan pembelajaran sambil berkawan daripada pelbagai latar belakang budaya yang luas dan pelbagai.

     Gambar ramai pelajar Sekolah Panaga dan SMSA bersama guru masing-masing  – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN SMSA

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Kemeriahan Pesta Ria CCMS tamatkan penggal akhir persekolahan

    Oleh Daniel Lim BELAIT, 21 NOV - Sekolah Menengah Chung...

    Sekolah Arab Belait rai 20 tahun penubuhan

    Oleh Yusrin Junaidi - BELAIT, 20 NOV - Sempena ulang...

    65 penderma sertai kempen derma darah Persatuan Foochow Kuala Belait

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 20 NOV - Seramai 65...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...