Wednesday, October 9, 2024
26.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sekolah PGGMB anjur Majlis Solat Hajat hadapi PSR

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OKT – Sebagai usaha mendoakan kecemerlangan dan kejayaan dalam peperiksaan esok, sekolah-sekolah Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) telah mengadakan Majlis Solat Hajat, Membaca Yassin dan Doa Kecemerlangan bagi Murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR), baru-baru ini.

    Sekolah-sekolah PGGMB berkenaan ialah Sekolah PGGMB Sungai Akar dan STJ PGGMB Madang dan STJ PGGMB Lambak dengan disertai seramai 71murid dalam majlis yang diadakan di Masjid Rashidah Saadatul Bolkiah.

    Hadir ke majlis berkenaan ialah Setiausaha Agung PGGMB, Cikgu Haji Mustapa bin Haji Masri; Guru Besar Sekolah PGGMB Sungai Akar, Cikgu Haji Ali bin Haji Mustapa; Guru Besar STJ PGGMB Madang, Cikgu Ismail bin Haji Tia; Guru Besar STJ PGGMB Lambak, Cikgu Haji Roslan bin Haji Hassan dan para ibu bapa dan penjaga serta murid-murid.

    Majlis dimulakan dengan Solat Hajat Berjemaah, membaca Yassin dan Doa Kecemerlangan yang dipimpin oleh imam masjid, Awang Muhammad Faranuddin bin Haji Hassan.

    Majlis diteruskan dengan ucapan dari Cikgu Haji Ali yang merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan Setiausaha Agung PGGMB, ibu bapa, penjaga dan guru sekolah atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan majlis itu.

    Beliau menyatakan majlis berkenaan adalah usaha dan komitmen pihak sekolah supaya murid-murid akan mendapat kecemerlangan serta kejayaan dalam peperiksaan mereka nanti.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda