Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sekolah Rendah RIF adakan aktiviti lawatan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 NOV – Sebagai sebahagian daripada aktiviti akhir tahun, Sekolah Rendah Raja Isteri Fatimah (RIF) telah mengadakan lawatan pendidikan ke Taman Mahkota Jubli Emas dan Masjid Omar ‘Ali Saifuddien di ibu negara baru-baru ini.

    Lawatan tersebut melibatkan 165 murid diiringi 21 guru pembimbing, yang mana murid-murid telah diberikan penerangan mengenai latar belakang masjid tersebut yang menjadi salah satu mercu tanda negara.

    Di samping lawatan, ia juga memberikan mereka peluang untuk menikmati kemudahan di taman itu.

    Dalam pada itu, selain mendidik dan mendedahkan murid-murid tentang mercu tanda negara, lawatan tersebut juga menjadi aktiviti percutian bagi mereka selepas menamatkan peperiksaan akhir tahun.

    Antara murid yang mengikuti lawatan ke Taman Mahkota Jubli Emas dan Masjid Omar ‘Ali Saifuddien.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda