Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sekolah Riverside anjur ceramah motivasi

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 SEPT –Sebagai persediaan awal untuk pelajar Tahun 6 yang akan menduduki Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR), Sekolah Riverside telah menganjurkan satu ceramah motivasi baru-baru ini.

    Ceramah anjuran sekolah berkenaan telah diadakan di dua buah cawangan sekolah berkenaan iaitu cawang Sungai Matan dan cawangan Kampung Masin pada 3 September dan 17 September itu telah disampaikan oleh fasilitator jemputan, Ketua Bahagian Kaunseling, Kementerian Pendidikan Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor.

    Haji Ali Yusri menyampaikan ceramah motivasi di acara itu.

    Dalam ceramah itu Haji Ali Yusri antara lain mengingatkan ulang kaji pelajaran perlu dilakukan secara berterusan di samping menjaga kesihatan fizikal dan mental.

    Beliau juga menekankan kepentingan menguasai kemahiran yang bermanfaat agar para pelajar menjadi generasi berwawasan.

    “Selain itu, ibu bapa turut memainkan peranan besar dalam menyokong pembelajaran anak-anak, dan mengingatkan untuk mencapai kejayaan ia juga perlu disertakan dengan doa bagi mencapai yang diharapkan,” jelasnya.

    Turut hadir dalam majlis tersebut, Pengetua Sekolah Riverside, Hajah Amas Binti BPSK Dato Seri Setia Hj Mohd Yusof, para guru serta ibu bapa dan murid-murid Tahun 6.

    Antar pelajar Tahun 6 Sekolah Riverside menghadiri ceramah motivasi anjuran sekolah berkenaan, baru-baru ini. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN SEKOLAH RIVERSIDE
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda