Wednesday, March 5, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sekolah St James rai Hari Kebangsaan ke-41

    BELAIT, 4 MAC – Sekolah St. James, Kuala Belait baru-baru telah mengadakan sambutan Hari Kebangsaan ke-41 dengan penuh semangat patriotik yang mana ia telah disertai oleh para pelajar, guru-guru, serta warga sekolah berkenaan.

    Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan nyanyian lagu kebangsaan, yang diikuti dengan siri persembahan patriotik oleh setiap kelas yang mempamerkan rasa cinta mereka kepada negara.

    Acara lain termasuk kuiz yang menguji pengetahuan pelajar tentang sambutan dan Peraduan Pakaian Tercantik.

    Acara diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dalam Pertandingan Membuat Poster Digital dan Pertandingan Menghias Bilik Darjah, kedua-duanya bertemakan sambutan Hari Kebangsaan.

    Pihak sekolah berharap majlis tersebut dapat menyemai lagi semangat patriotisme dalam kalangan pelajar sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim antara warga sekolah.

    Para pelajar dan guru bergambar ramai semasa acara tersebut. – GAMBAR SERAHAN SEKOLAH ST JAMES
    Antara persembahan patriotik yang diadakan semasa acara itu. – GAMBAR SERAHAN SEKOLAH ST JAMES
    GAMBAR SERAHAN SEKOLAH ST JAMES
    GAMBAR SERAHAN SEKOLAH ST JAMES
    GAMBAR SERAHAN SEKOLAH ST JAMES

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda