Wednesday, September 18, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sekolah St John adakan hari terbuka tahunan

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 11 SEPT – Sekolah St John telah mengadakan hari terbuka tahunan mereka untuk mempamerkan perkembangan dan kemajuan pelajar yang berlangsung sekitar premis sekolah berkenaan pada 7 September lalu.

    Dalam ucapan perasmian daripada Pengerusi Lembaga Gabenor sekolah, Lee Yin Fah menekankan bagaimana acara tahunan itu berfungsi sebagai satu perayaan ter-hadap pertumbuhan dan pencapaian pelajar melalui pelbagai aktiviti dan persembahan yang diadakan sepanjang hari.

    “Hari terbuka ini mempamerkan bakat dan kreativiti pelajar, yang meraikannya bersama rakan-rakan dan keluarga,” kata Lee Yin Fah.

    Acara turut menyaksikan persembahan yang diadakan di dewan serba guna sekolah itu sebagai sebahagian daripada persembahan bakat hari terbuka.

    Aktiviti lain yang diadakan termasuk gerai-gerai yang disediakan di kawasan sekitar sekolah yang menampilkan pelbagai permainan menarik dan pameran yang informatif.

    Beberapa pameran itu termasuk jualan sains yang mempamerkan projek-projek yang informatif, manakala Hab Bahasa Inggeris mengadakan permainan kata dan persembahan video.

    Sementara itu, gerai Matematik dan ICT mempersembahkan teka-teki dan permainan yang mencabar serta demonstrasi permainan IT, manakala gerai kemanusiaan memberikan tumpuan kepada projek gerakan hijaunya dengan demonstrasi tentang kitar semula.

    Antara persembahan yang diadakan semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Antara yang hadir semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Antara aktiviti yang diadakan semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda