Oleh Daniel Lim
KUALA BELAIT, 5 NOV – Kanak-kanak tadika dari Sekolah St. John telah meraikan kreativiti dan imaginasi mereka sempena Hari Anugerah Aktiviti Penutup Bahasa dan Seni yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan, kelmarin.
Di majlis itu, Pengerusi Penganjur majlis Yong Min Chu menzahirkan penghargaan atas pencapaian yang telah diraih oleh kanak-kanak tadika, sambil menyatakan bahawa “pencapaian ini bukan sahaja mengiktiraf usaha gigih mereka, tetapi juga sokongan dan galakan berterusan daripada keluarga di rumah.”
Majlis itu turut menyaksikan penyampaian anugerah kepada kanak-kanak tadika yang disampaikan oleh Pengetua Sekolah, Dr. Teh Keng Watt sebagai pengiktirafan dalam pelbagai aktiviti dan pertandingan yang telah diadakan di sekolah, yang meliputi bidang Bahasa hingga Pertandingan Melukis.
Turut hadir memeriahkan majlis berkenaan, ibu bapa, penjaga dan guru-guru sekolah berkenaan.




