Wednesday, March 12, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sekolah St John raikan kecemerlangan pelajar

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 11 MAC – Dalam menghargai kecemerlangan akademik pelajar bagi tahun persekolahan 2024, Sekolah St John (SJS) mengadakan Majlis Anugerah Merit yang berlangsung di Dewan Serbaguna sekolah berkenaan baru-baru ini.

    Pengerusi Lembaga Pengarah sekolah berkenaan, Lee Yin Fah dalam ucapan yang penuh inspirasi menggalakkan para pelajar untuk terus memberikan yang terbaik dalam pelajaran mereka.

    Majlis berkenaan menyaksikan penyampaian sijil dan merit kepada penerima anugerah yang terdiri daripada pelajar terbaik, PSR 2024 A-Listers, dan pencapaian GCE ‘O’ Level.

    Majlis juga diserikan dengan persembahan bakat-bakat dari kumpulan Masyarakat Muzik SJS apabila sebagai selingan untuk menghiburkan hadirin.

    Majlis diakhiri dengan persembahan nyanyian ‘Tanah Airku’ dengan penuh semangat patriotik oleh para pelajar sempena memperingati Hari Kebangsaan ke-41.

    Antara pelajar-pelajar yang diraikan dalam majlis berkenaan.
    Antara persembahan oleh pelajar semasa majlis berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR OLEH SEKOLAH ST JOHN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda