Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Sempena penubuhannya yang ke-50 tahun, Sekolah Stella telah mengadakan Karnival Amal yang berlangsung di sekolah berkenaan di Kampung Sungai Akar, hari ini.
Karnival Amal Ulang Tahun ke-50 tahun itu telah dirasmikan oleh Menteri Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Haji Apong. Antara aktiviti yang diadakan bagi memeriahkan karnival tersebut ialah permainan, persembahan muzik, gerai jualan makanan dan minuman serta lain-lain.
Sementara itu, Persatuan Biodiversiti dan Sejarah Semula Jadi Brunei (BruWILD) turut menyediakan petak pendidikan yang bertujuan sebagai pendedahan dan kesedaran terhadap hidupan liar kepada kanak-kanak dan ibu bapa serta penjaga murid. Hasil daripada karnival amal berkenaan akan disumbangkan kepada BruWILD yang mana sambutan ke-50 sekolah berkenaan adalah satu sejarah penting bagi sekolah berkenaan selain untuk meningkatkan tabung bagi membantu terhadap pemuliharaan hidupan liar melalui BruWILD.
