Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sekolah Sukan lancar Pembentangan Kajian Kejurulatihan v1.0

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 SEPT – Dalam usaha membarigakan hasil-hasil kajian yang telah dibuat oleh jurulatih-jurulatih Sekolah Sukan tahun ini, Sekolah Sukan telah mengadakan Majlis Pelancaran Pembentangan Kajian Kejurulatihan v1.0 bertempat di Sekolah Sukan, Kampung Pulaie, Jalan Kebangsaan Berakas, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dipimpin oleh Pegawai Pendidikan di Sekolah Sukan, Awang Muhd Hadi Hamizan bin Abdul Rahman diikuti tayangan video pengenalan mengenai Pembentangan Kajian Kejurulatihan v1.0.

    Acara diteruskan dengan pembentangan kajian kejurulatihan oleh jurulatih-jurulatih Sekolah Sukan di ruang atrium.

    Pembentangan itu bertujuan meningkatkan lagi mutu kejurulatihan dan menyumbang kepada pembangunan profesional jurulatih sukan di Negara Brunei Darussalam pada masa akan datang.

    Awang Aliuddin berkesempatan menyaksikan petak pameran yang telah disediakan semasa acara berkenaan. – Gambar oleh Yusrin Junaidi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda