Oleh Mohamad Asyramisyanie
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Ogos – Pasukan Sekolah Sukan Brunei Darussalam muncul juara dalam Kejohanan Bola Sepak Sekolah-Sekolah dan Maktab-Maktab Kluster III bagi kategori bawah 15 tahun, yang berlangsung di Kompleks Sukan Sekolah Menengah (SM) Pengiran Anak Puteri Masna, Kampung Sungai Akar, semalam.
Pertemuan akhir antara Pasukan SM Sayyidina Umar Al-Khattab telah menyaksikan pasukan itu berjaya memenangi perlawanan dengan jaringan 2-0 sekali gus merangkul kejuaraan dalam kejohanan itu.
Sebelum itu, turut diadakan perlawanan penentuan bagi tempat ketiga antara pasukan tuan rumah Pasukan SM Berakas menentang Pasukan SM Sayyidina Abu Bakar dan akhirnya kemenangan berpihak kepada pasukan tuan rumah.

Pada peringkat awal kejohanan, Pasukan Sekolah Sukan Brunei Darussalam berhasil menumpaskan Pasukan Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, diikuti dengan kemenangan ke atas pasukan tuan rumah pada peringkat separuh akhir perlawanan.
Manakala pada peringkat awal perlawanan, Pasukan SM Sayyidina Umar Al-Khattab terpaksa akur di tempat kedua setelah berjaya menundukkan Pasukan Sekolah Seri Mulia Sarjana, sebelum mencatatkan kemenangan ke atas Pasukan SM Sayyidina Abu Bakar pada peringkat separuh akhir perlawanan.
Hadir bagi menyaksikan perlawanan tersebut dan sekali gus menyempurnakan majlis penyampaian hadiah ialah Pengurus Pperasi SM Berakas, Pengiran Mustapa bin Pengiran Haji Chuchu.