Monday, May 12, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sekolah Tunas Jaya PGGMB rai pelajar cemerlang

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 NOV – Murid-murid Sekolah Tunas Jaya Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB), Madang yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun telah diraikan dalam Majlis Konvokesyen ke-13 dan Penyampaian Hadiah Cemerlang 2022, yang berlangsung di dewan serba guna sekolah tersebut, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat sekali gus menyempurnakan penyampaian sijil dan anugerah kepada murid-murid Pra 1 hingga Tahun 6 ialah Yang Di-Pertua PGGMB, Haji Awang Abdul Alim bin Haji Awang Othman, juga selaku Presiden KACA.

    Turut diraikan ialah murid-murid yang memperolehi pencapaian terbaik dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.

    Acara berkenaan turut dimeriahkan sentuhan bakat dan kemahiran murid-murid sekolah menerusi pelbagai persembahan nyanyian, tarian dan lakonan antaranya nyanyian lagu ‘Kenangan Terindah’, tarian Bollywood Medley, dan lakonan berkisar isu pencemaran.

    Dengan kejayaan yang digapai berkenaan, pihak sekolah merakamkan penghargaan terhadap sokongan ibu bapa dan penjaga murid-murid yang banyak membantu pelbagai aktiviti sekolah sehingga menyumbang kepada kemajuan sekolah yang berterusan.

    Wajah-wajah ceria sebahagian murid yang diraikan pada majlis berkenaan. – Gambar serahan Sekolah Tunas Jaya PGGMB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda