Thursday, March 20, 2025
26.1 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Sekolah Tunas Jaya PGGMB sambut ulang tahun ke-25

Oleh Daniel Lim

BELAIT, 4 OKT – Setelah ditangguhkan selama dua tahun disebabkan pandemik global, Sekolah Tunas Jaya PGGMB di Daerah Belait telah meraikan ulang tahun penubuhannya yang ke-25 dengan majlis sambutan yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang sepatutnya diadakan pada 2020 itu ialah Presiden Persekutu-an Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB), Haji Awang Abdul Alim bin Haji Awang Othman yang dialu-alukan oleh Pengetua, Dayang Fazziah binti Kamis.

Dalam ucapan alu-aluannya, Dayang Fazziah antara lain berkata, sejak sekolah itu dirasmikan pada 15 Mei 1995, ia terus merealisasikan wawasannya untuk memupuk pelajar supaya menjadi lebih dinamik dan kreatif dalam menangani cabaran-cabaran yang dihadapi.

Haji Awang Abdul Alim pula mengongsikan bahawa sekolah itu bermula dengan hanya sembilan orang guru dan 92 pelajar dari tadika hingga Tahun 1 dan sejak itu telah berkembang kepada 15 guru dan 138 pelajar dari tadika hingga Tahun 6.

Beliau juga berkongsi pelbagai pencapaian dan aktiviti yang dikendalikan oleh sekolah berkenaan seperti projek menabung lima tahun hingga lawatan-lawatan sambil belajar.

Majlis sambutan diteruskan dengan tayangan video dan slaid yang memaparkan kehidupan harian guru-guru dan pelajar di sekolah itu.

Ia diikuti dengan penyampaian anugerah kepada pelajar termasuk lima pelajar terbaik dalam pertandingan mewarna, pertandingan membuat kolaj dan pertandingan menulis esei.

Di samping itu, 10 pelajar juga menerima anugerah setelah berjaya menyimpan jumlah paling banyak pada masa sambutan itu sebagai sebahagian daripada projek menabung lima tahun yang telah dilancarkan tahun lalu.

Majlis dimeriahkan dengan cabutan bertuah dan petak pameran dan aktiviti.

Haji Awang Abdul Alim menyampaikan hadiah kepada salah seorang pelajar.
Seorang pelajar bersama ibu bapa menyaksikan pameran yang turut diadakan.

- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda