Thursday, March 20, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sekolah YSHHB meriahkan Hari Raya

    Oleh Salawati Haji Yahya

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Julai – Dalam menyemarakkan suasana Aidilfitri di bulan Syawal, Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) turut tidak ketinggalan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di dewan sekolah berkenaan hari ini.

    Ketua Pegawai Eksekutif Sekolah YSHHB, Awang Noorhaizamdin bin Haji Mohd Mosbi dan Pemangku Pengetua Sekolah Rendah YSHHB, Awang Alimas bin Haji Mohd Ali antara yang menghadiri majlis tersebut.

    Berangkat sama ke majlis itu, cucunda-cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam iaitu Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Hafeez dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raihaanah Hanaa-Ul Bolqiah.

    Turut hadir, Pengiran Anak Adriana Haziqah Jaida Bulqiah, Pengiran Anak ‘Abdul Muta’ali Haziq Hamidullah, Pengiran Nur ‘Aabidah Syifa dan Pengiran Nur Aleeyah Syifa.

    Antara lain tujuan majlis ini adalah bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari Raya Aidilfitri seterusnya mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan pelajar dan guru-guru.

    Antara pelajar yang hadir pada Sambutan Hari Raya Aidilfitri Sekolah Rendah YSHHB.
    Antara pelajar yang hadir pada Sambutan Hari Raya Aidilfitri Sekolah Rendah YSHHB.
    Persembahan kanak-kanak TASKA sempena Sambutan Hari Raya TASKA.
    Persembahan kanak-kanak TASKA sempena Sambutan Hari Raya TASKA.

    Majlis diserikan dengan persembahan koir, tarian dan nyanyian oleh pelajar sekolah berkenaan dan acara bersalam-salaman di antara pelajar dan guru-guru.

    Di samping itu, majlis juga teruskan dengan Kelas Terbuka Aidilfitri yang berkonsepkan kunjung-mengunjungi ke bilik-bilik darjah di mana tetamu yang bertandang disajikan dengan hidangan kuih-muih raya.

    Sementara itu, secara berasingan, Taman Asuhan Kanak-Kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (TASKA) juga telah mengadakan majlis seumpamanya yang berlangsung di Dewan TASKA.

    Antara yang hadir di majlis itu ialah Awang Noorhaizamdin, Pengetua Sekolah Menengah YSHHB, Chong Li Chen dan Pemangku Pengetua TASKA, Hajah Zainab binti Haji Abdul Wahab.

    Majlis itu juga bertujuan sebagai wasilah untuk mengeratkan lagi silaturahim, jalinan kerjasama, bermaaf-maafan di antara para pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah berkenaan.

    Majlis juga diserikan dengan persembahan oleh kanak-kanak Taman Asuhan 3 seterusnya persembahan guru-guru dan pembantu guru TASKA.

    Seperti sambutan di Sekolah Rendah YSHHB, Sambutan Hari Raya Aidilfitri TASKA turut dimeriahkan dengan Kelas Terbuka sebagai tradisi kunjung-mengunjungi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda