Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sekope Kepu digantung

    LONDON, 29 Nov – Pemain penyerang Australia, Sekope Kepu diberikan hukuman penggantungan selama tiga minggu semalam kerana dakwaan merempuh Hamish Watson dari Scotland ketika rekod Wallabies 53-24 lebur di Murrayfield.

    Kepu dilayangkan kad merah selepas cabaran teruk yang beraksi dengan Watson dirempuh di bahagian kepala ketika perlawanan pada Sabtu lalu.

    Scotland terus merekodkan kemenangan terbesar mereka menentang Wallabies dalam tempoh 90 tahun, dengan jurulatih Australia, Michael Cheika mengakui pengadil mempunyai pilihan sedikit tetapi untuk menyingirkan Kepu kerana terjahan kerasnya.

    Penggantungan itu akan dikekalkan sehingga awal tahun depan ketika Australia tidak dijadualkan untuk beraksi lagi sehingga itu.

    Pemain itu, 31, dilihat berada di depan jawatankuasa disiplin yang dilantik Ragbi Dunia semalam.

    Kepu, menurut ahli jawatankuasa, telah menerima keputusan kad merah. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda