Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sektor pembuatan catat pelaburan besar

    LABUAN, 27 Feb – Sektor pembuatan Labuan berjaya menarik pelaburan berjumlah RM4.2 bilion dari tempoh Januari hingga Jun 2017 (Separuh Pertama 2017) dalam 28 projek yang telah mewujudkan lebih 3,000 pekerjaan.

    Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan, berkata pelaburan terbesar adalah daripada Petronas Methanol (Labuan) Sdn Bhd, diikuti Sabah Gas Industries dan Amsteel Mills Sdn Bhd.

    Beliau berkata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan membantu dalam menarik pelaburan tambahan kerana masa

    Datuk Ahmad Maslan (kiri, lima) semasa melawat Labuan Shipyard & Engineering Sdn Bhd kelmarin. Sektor pembuatan di wilayah itu telah menarik pelaburan sebanyak RM4.1 bilion tahun lalu. – Bernama

    depan Labuan bergantung kepada kejayaan Rangka Tindakan Pembangunan Labuan 2030 yang dilancarkan baru-baru ini.

    “Kami bukan sahaja menumpukan kepada pelaburan minyak dan gas tetap juga sektor-sektor lain yang masih belum diteroka sepenuhnya.

    “Pemulihan dalam sektor minyak dan gas memberi prospek baik bagi landskap ekonomi pulau ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat Labuan Shipyard & Engineering Sdn Bhd (LSE) di sini, hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda