Sunday, March 16, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sektor perkhidmatan pemacu pertumbuhan ekonomi

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OGOS – Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE), Kementerian Kewangan dan Ekonomi menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat ke-6 Kumpulan Kerja ASEAN Perangkaan Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa (WGSITS) yang diadakan selama dua hari bermula hari ini.

    Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pengarah Perangkaan Ekonomi dari Bank Negara Republik Filipina, Redentor Alegre dan dihadiri oleh pegawai-pegawai jabatan perangkaan dan bank negara dari negara-negara ASEAN serta pegawai-pegawai dari ASEAN Sekretariat.

    Pemangku Timbalan Ketua Pengarah JPKE, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Hajah Mariah binti Haji Yahya dalam ucapan alu-aluannya menekankan mengenai kepentingan sektor perkhidmatan dalam memacu pertumbuhan ekonomi di mana sumbangan perdagangan perkhidmatan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ASEAN terus meningkat untuk mendokong pertumbuhan perdagangan barangan dan pelaburan.

    Kumpulan Kerja Perangkaan Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa ditubuhkan di bawah Sistem Perangkaan Komuniti ASEAN (ASEAN Community Statistical System) yang bertujuan untuk mempromosikan pembangunan dan harmonisasi Perangkaan Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa (SITS) dalam kalangan negara-negara ahli ASEAN.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan JPKE, Mesyuarat ke-6 WGSITS antara lain akan membincangkan mengenai rebiu dan pemantauan pelan kerja WGSITS 2016-2025, isu-isu dalam sistem pengumpulan, penyusunan dan penyebaran SITS dan saranan mengenai langkah-langkah bersesuaian ke arah pengumpulan yang lebih kerap dan penyebaran data SITS yang bertepatan masa dan sebanding.

    Hajah Mariah bergambar ramai bersama para delegasi dari negara-negara ASEAN.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda