Friday, January 3, 2025
33.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sektor teknologi Iran berkembang pesat

    TEHRAN – Nama-nama ini mungkin tidak dikenali tetapi perkhidmatannya segera diketahui: Snapp adalah jawapan Iran bagi Uber, Digikala adalah Amazonnya, dan Pintapin adalah Booking.com mereka.

    Sekatan AS telah melindungi sektor teknologi republik Islam ini, menegah Silicon Valley untuk mengaut keuntungan dari salah sebuah pasaran baru yang meningkat naik dan paling menjanjikan di dunia, dan memberi satu laluan bebas untuk memulakan perniagaan domestik untuk mencipta semula perkhidmatan mereka.

    Malah beberapa warga California yang mencipta aplikasi ‘mumbo-jumbo’ juga telah diimport: Salah sebuah petak jualan di pameran elektronik Elecomp di Tehran baru-baru ini mendakwa ia telah mencipta aplikasi itu berdasarkan aplikasi yang terdapat pada masa ini.

    Tetapi jangan cuba memanggil mereka ‘meniru’ – memindahkan sebuah model perniagaan asing ke Iran adalah bukannya mudah.

    “Ia bukanlah suatu masalah menyalin kod sebaris-demi-sebaris,” kata Amirali Mohajer, ketua pegawai operasi Pintapin, berusia 32 tahun.

    Para pengunjung menghadiri pameran teknologi Elecomp di ibukota Iran,Tehran. - AFP
    Para pengunjung menghadiri pameran teknologi Elecomp di ibukota Iran,Tehran. – AFP
    Seorang penganjur wanita mengalu-alukan para pelawat semasa pameran teknologi Elecomp. - AFP
    Seorang penganjur wanita mengalu-alukan para pelawat semasa pameran teknologi Elecomp. – AFP

    “Anda memerlukan kepakaran tempatan yang perlu dibina dari bawah, dan ia mungkin memerlukan model perniagaan yang sangat berbeza untuk menjadikannya berjaya.”

    Pejabatnya yang terletak di sepanjang sebuah kawasan yang sedang berkembang maju, Iran Internet Group (IIG), sebuah ‘syurga’ di kawasan utara Iran di mana warga Iran memakai seluar jeans ketat, tudung longgar, dan minum minuman espresso di dalam bilik mesyuarat berkaca.

    Kakitangan Pintapin bukan sekadar membina sebuah laman web, mereka juga mengubah industri perhotelan di seluruh Iran.

    “Baru-baru ini, banyak urusan perjalanan dilakukan secara luar talian iaitu melalui panggilan telefon dan faks serta cara-cara tradisional yang lain, yang memang popular pada abad yang lalu,” kata Mohajer.

    Separuh daripada masa syarikat itu digunakan untuk menyakinkan pihak hotel-hotel untuk melepaskan perkhidmatan tempahan melalui kertas dan pen, dan mula mengautomasikan perniagaan mereka. Mohajer, yang menghabiskan 16 tahun di luar negara di Britain dan Kanada, mengatakan beliau kembali ke Iran kerana ia merasakan sebuah tempat di mana teknologi boleh memberi impak dan kesan dan itu adalah sangat penting.

    “Kami benar-benar percaya bahawa kami sedang berusaha ke arah mewujudkan tempat yang tepat di Iran dalam pasaran pelancongan di seluruh dunia … membantu membina semula identiti Iran yang telah rosak akibat isu politik.”

    Sepanjang bandar itu, terdapatnya sebuah hangar yang besar, lampu-lampu dan gerai-gerai yang sangat menarik perhatian dan pameran teknologi Elecomp boleh kelihatan berada di mana-mana saja. Ia berkembang dengan pesat: ia hanya mempunyai 80 buah syarikat baru pada tiga tahun lalu, namun kini terdapat lebih daripada 400 buah – dari gabungan aplikasi penghantaran, pusat membeli-belah dan permainan dalam talian.

    Tetapi jenama global nampaknya tidak kelihatan, akibat daripada sekatan AS yang teruk yang masih berlaku, meskipun negara lain telah mengangkat se-katannya di bawah perjanjian nuklear 2015.

    Para pekerja Bamilo berada di ibu pejabat syarikat e-dagang itu di Tehran. - AFP
    Para pekerja Bamilo berada di ibu pejabat syarikat e-dagang itu di Tehran. – AFP
    Para pengunjung menghadiri pameran teknologi  Elecomp. - AFP
    Para pengunjung menghadiri pameran teknologi Elecomp. – AFP

    Sebahagian warga Iran telah menemui cara untuk mendapatkan keuntungan daripada sekatan: sebuah syarikat di Elecomp telah membeli produk Amazon dari Amerika Syarikat dan menghantarnya ke Iran dengan bayaran tambahan yang kecil.

    “Orang ramai sangat menyukainya. Terdapat banyak produk-produk palsu di Iran. Apabila mereka memesannya dari kami, mereka akan mendapat yang asli,” kata jurucakap Hamid Tavakoli.

    Tetapi pengasingan atau sekatan ini telah menjadi satu perasaan yang berbaur.

    “Terdapat dua pihak pada duit syiling, apabila anda berada di bawah sekatan, anda mempunyai banyak peluang dan bebas untuk melakukan sesuatu perkara yang diingini,” kata penganjur pameran, Naserali Saadat.

    “Tetapi secara amnya, itu bukanlah suatu perkara yang baik … anda tidak boleh hidup seperti sebuah pulau di dunia ini.”

    Pandangan itu disuarakan oleh warga Jerman-Iran, Ramtin Monazahian, yang berasal dari Berlin pada tahun 2014 untuk menemukan laman e-dagang, Bamilo dan aplikasi perkhidmatan teksi, Snapp. Beliau mungkin tidak perlu bimbang tentang Amazon dan Uber, tetapi tidak boleh berharap bahawa mereka akan dapat membelinya sebanyak berbilion dolar seperti yang berlaku di tempat lain.

    Lebih-lebih lagi, beliau memerlukan sektor runcit yang berkembang maju untuk menyokong perkhidmatannya, dan sekatan “yang melanda dalam kawasan pengguna adalah sangat susah. Pembelian kuasa menderita…ia juga memberi bebanan kepada semua perniagaan,” katanya. Namun ia adalah suatu potensi besar di dalam sebuah negara yang mempunyai 80 juta penduduk yang terdiri daripada kumpulan atau pengguna kelas menengah yang besar.

    “Ia mungkin negara terbesar terakhir yang tidak mempunyai persaingan yang besar,” katanya.

    Pelabur asing telah mengambil perhatian. Suasana teknologi Iran telah mengaut beratus-ratus juta dolar dari syarikat-syarikat seperti MTN (Afrika Selatan), Rocket (Jerman) dan Pomegranate (Sweden). – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda