Wednesday, March 12, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sekurang-kurangnya 11 maut, bas terbalik di tenggara Mexico

    MEXICO CITY, 11 MAC – Sekurang-kurangnya 11 orang terkorban selepas sebuah bas terbabas lalu terbalik di Lebuhraya Mitla-Tehuantepec, negeri Oaxaca, tenggara Mexico pada pagi kelmarin, lapor Xinhua.

    Mangsa yang cedera segera dikejarkan ke pusat perubatan berhampiran, dengan dua daripadanya dilaporkan dalam keadaan kritikal, menurut kenyataan kerajaan negeri.

    Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kemalangan.

    Kerajaan negeri akan memberikan sokongan kepada keluarga mangsa yang terjejas dan bantuan disalurkan menerusi Sistem Pembangunan Keluarga (DIF) serta institusi berkaitan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda