Monday, July 8, 2024
23 C
Brunei

    -

    Sekurang-kurangnya 25 lemas di Sudan

    KHARTOUM, 5 JULAI – Sekurang-kurangnya 25 orang yang melarikan diri daripada pertempuran tentera di Sinnar, lemas selepas bot dinaiki terbalik di timur bandar Abu Hujar, lapor Xinhua kelmarin.

    “Ketika Rapid Support Forces (RSF) memasuki kawasan itu, sekurang-kurangnya 25 orang awam kebanyakannya wanita dan kanak-kanak maut selepas bot mereka terbalik di timur bandar Abu Hujar,” menurut jawatankuasa penentang di Sinnar dalam satu kenyataan.

    Menurut Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), lebih 55,400 orang melarikan diri dari Sinnar sejak pertempuran antara Angkatan Bersenjata Sudan (SAF) dan pasukan separa tentera RSF semakin meningkat pada Jun.

    Konflik di Sudan meletus pada pertengahan April 2023, mengakibatkan sekurang-kurangnya 16,650 kematian, lapor OCHA dalam laporan bulan Jun.

    Lebih 7.7 juta orang dipindahkan secara dalaman di Sudan sejak konflik meletus, manakala kira-kira 2.2 juta lagi telah melarikan diri ke negara-negara jiran, menurut angka yang dikeluarkan pada 25 Jun oleh Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi PBB. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Demam denggi landa selatan India, Karnataka

    NEW DELHI, 7 JULAI – Demam denggi melanda beberapa bahagian di negeri selatan India, Karnataka, dengan hampir tujuh orang disyaki meninggal dunia akibat penyakit...