Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sekurang-kurangnya 26 maut akibat hujan lebat

    SEOUL, 16 JULAI – Sekurang-kurangnya 26 orang maut manakala 10 lagi hilang selepas hujan lebat yang mengakibatkan banjir dan tanah runtuh di Korea Selatan, menurut kenyataan pegawai hari ini, ketika petugas penyelamat terus berusaha untuk mengeluarkan orang ramai yang terkandas di terowong yang dibanjiri air.

    Korea Selatan ketika ini berada di kemuncak monsun musim panas, dan hujan lebat dicatatkan sejak empat hari kebelakangan, mengakibatkan empangan utama dilimpahi air.

    Kementerian dalam negeri melaporkan 26 orang maut dan 10 lagi hilang semasa hujan lebat, kebanyakan mereka tertimbus oleh kejadian tanah runtuh atau terjatuh ke takungan yang dibanjiri air.

    Anggota penyelamat masih bergelut untuk menyelamatkan 15 buah kenderaan yang terperangkap di terowong bawah tanah sepanjang 430 meter di Cheongju, wilayah utara Chungcheong, tambah kenyataan kementerian tersebut.

    Terowong itu ditenggelami air pada pagi kelmarin selepas air banjir melanda terlalu cepat untuk orang ramai di dalam terowong untuk menyelamatkan diri, menurut agensi berita Yonhap.

    Hari ini, lima lagi mayat yang belum dimasukkan dalam jumlah kematian rasmi telah ditemui dari sebuah bas yang tenggelam di dalam terowong, lapor Yonhap.

    Anggota penyelamat berusaha untuk mencari mangsa yang terselamat di dalam terowong yang dibanjiri air di Cheongju, wilayah utara Chungcheong.- AP

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda