WASHINGTON, 17 MAC – Ribut teruk melanda kawasan selatan dan tengah Amerika Syarikat (AS) sepanjang hujung minggu, mengorbankan sekurang-kurangnya 34 orang, termasuk 12 di negeri Missouri serta mencederakan puluhan yang lain, lapor agensi berita Jerman dpa.
Amaran puting beliung kini berkuat kuasa di sebahagian Florida, Georgia dan lima negeri lain sehingga petang kelmarin.
Perkhidmatan cuaca AS memberi amaran bahawa cuaca buruk dijangka melanda sebahagian Pantai Timur kelmarin.
Gabenor Georgia Brian Kemp mengisytiharkan darurat negeri dan menggesa penduduk untuk bersiap sedia. Penduduk di kawasan berisiko tinggi dinasihatkan berlindung di ba-ngunan dengan perlindungan bawah tanah dan mengelakkan rumah mudah alih. – Bernama
