LOS ANGELES, 28 Feb – Empat orang maut dan sehingga lima orang lagi hilang selepas sebuah pesawat kecil terhempas ke dalam dua buah rumah di kejiranan penduduk di selatan California, pihak berkuasa berkata lewat kelmarin.
Pesawat Cessna 310 terhempas kira-kira setengah batu timur laut Lapangan Terbang Reverside Municipal, hanya timur dari Los Angeles, jurucakap Pentadbiran Penerbangan Kerajaan, Ian Gregor memberitahu AFP.
Kemalangan itu dilaporkan pada kira-kira 4:40 petang waktu setempat.

Ketua anggota bomba bandar berkenaan, Michael Moore memberitahu para wartawan bahawa lima orang berada dalam pesawat itu, yang tercerai dua apabila ia melanggar dua buah rumah yang pihak berkuasa percaya kedua-duanya berpenghuni. Salah seorang yang terselamat, seorang remaja perempuan, ditolak keluar dari pesawat itu dan hanya mengalami kecederaan ringan. Seorang penduduk yang ditemui di salah satu rumah terbakar itu kekal berada dalam keadaan “sangat kritikal”, kata Moore.
Pihak berkuasa kini sedang aktif mencari sehingga lima lagi orang. Moore berkata ia tidak jelas sama ada empat orang yang terkorban itu merupakan penumpang pesawat atau orang yang berada di dalam rumah.
Pesawat penumpang itu berlepas dari Riverside dalam laluan ke San Jose. – AFP