Friday, May 9, 2025
31.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sekurang-kurangnya 500 kanak-kanak terbunuh oleh peperangan – Zelenskyy

    KYIV, UKRAINE, 4 JUN – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy berkata hari ini bahawa perang Rusia kini memasuki bulan ke-16 telah membunuh sekurang-kurangnya 500 kanak-kanak Ukraine.

    Zelenskyy memberikan angka tersebut beberapa jam selepas pekerja penyelamat menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang maut dalam salah satu serangan terbaharu Rusia.

    Presiden berkata dalam satu kenyataan bahawa “senjata dan kebencian Rusia, yang terus meragut dan memusnahkan nyawa kanak-kanak Ukraine setiap hari,” membunuh ratusan yang telah terkorban sejak pencerobohan besar-besaran Rusia ke atas Ukraine bermula pada 24 Februari 2022. – AP

    Penduduk tempatan mendapat makanan percuma daripada sukarelawan di Kharkiv, Ukraine, 2 Jun. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda