MANILA, Filipina, 14 Mei – Sekutu Presiden Rodrigo Duterte dijangka menang besar dalam pilihan raya bagi Senat Filipina, salah satu benteng terakhir pembangkang menentang pemimpin populis yang dituduh melakukan pencabulan hak asasi kemanusiaan.
Keputusan awal yang terdiri daripada 94 peratus pulangan daripada pilihan raya penggal pertengahan kelmarin menunjukkan kira-kira lapan calon yang disahkan oleh Duterte mendahului pertandingan untuk merebut 12 kerusi dalam Senat 24 anggota.
Keputusan Suruhanjaya Rasmi dijangka diumumkan dalam masa seminggu.
Mereka yang mendahului termasuk bekas ketua polis negara Duterte, Ronald dela Rosa, yang menguatkuasakan tindakan keras presiden ke atas dadah haram, kempen yang mengakibatkan beribu-ribu suspek mati dan mencetuskan kecaman antarabangsa. – AP
